
owh ibu ini adalah secebis ungkapan terima kasih yg
xterhingga kepada ibu yg telah melahirkan aku...
firstly aku ingin benar mengucapkan terima kasih kepada ibu
kerana telah melahirkan aku,dan menjaga aku dari kecil hingga dewasa
aku tahu anakmu ini telah banyak membuat dosa yg amat sangat
aku juga selalu tidak mendengar kate dan juge nasihat mu.
dan apabila suatu hari aku tidak dapat mengungkapkan bagaimana hendak menunjukkan
kasih sayang yg sebenar kepada mu,IBU..jauh kedalam sudut hati anak mu ini ingin benar aku memeluk mu se erat-eratnye..
setiap hari aku terkenang bagaimana kehidupamu di kejauhan sana
tentang makan mu,adakah ibu ku setiap hari makan??
kesihatan mu, adakah ibu setiap hari sihat??
aku terlalu merinduimu,aku bukan tidak mengenang segala jasa mu selama ini..
aku selalu ingat jasa ibu dan ayahku dari kecil hingga aku dewasa,
cuma terkadang kamu sedikit tidak mengerti perasaan hatiku:(
IBU,aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,
halalkan lah segala makan minum ku selama ini .....
No comments:
Post a Comment